I made this widget at MyFlashFetish.com.

sabah di bawah bayu

sabah di bawah bayu

PENGENALAN :


Salam Perkenalan dan
salam 1 malaysia buat semua pelanggan yang dihormati,

D'putih Homestay adalah rumah hak milik persendirian iaitu dimiliki oleh Pn. Hjh. Saadiah Juhari dan keluarga.di
Berpengalaman berkerja bersama bank tempatan kota kinabalu selama lebih kurang 30 tahun, dan kemuadian Pn. hjh saadiah mengambil keputusan untuk berhenti dan mencuba perniagaan sendiri . Impian membina d'Putih Homestay ini telah lama di impikan, kini impian jadi nyata. Alhamdulillah kini genap 3 tahun D'putih Homestay ditubuhkan. Pelbagai respon positif kami terima.
Secara amnya,
D'putih Homestay
adalah sebuah Unit penginapan atau dikenali sebagai Homestay yang terletak di kawasan Jalan pandan-pandan, pasir putih, putatan, Sabah.

Kedudukan dari :
-5 minit ke Putatan town
-10 minit ke KKIA
-15 minit ke Tg Aru Railway Station
-15 minit ke LCCT,
Perdana Park
Tanjung Aru Beach
-20 minit ke Bandar Kota Kinabalu


* Memiliki Pelbagai Rekabentuk Dalaman Rumah mengikut keselesaan pelanggan Masa Kini.

* Terdiri daripada Penginapan:
- JENIS STUDIO
- RUMAH 2 BILIK
- RUMAH 3 BILIK.

Kami juga ada menyediakan Perkhidmatan Sewa Kenderaan kereta dan van sesuai untuk keluarga dan rombongan. Sekiranya anda ingin menempah khidmat Katering, untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam, kami juga menerima tempahan minimum 5pax ke atas sahaja.

Diharap anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami jalankan. sekiranya ingin mendapatkan sebut harga sila isi borang di bawah atau sms di no tertera.

"Feeling at Home"

sekian, terima kasih,

pengarah Urusan,
Pn Saadiah juhari
d'PUTIH HOMESTAY
013-8743761 / 088-243247

online booking payment :

Name:
TELEPHONE NO. (HP)
ADDRESS :
Email Address:
LOCATION HOMESTAY BOOKING:
TYPE OF HOUSE :
CHECK-IN :
CHECK-OUT :
TRANSPORT RENTAL :
TRANSPORT WITH DRIVER :
DEPOSIT FEES PAYMENT :
AMOUNT (RM) :

This form powered by Freedback

D'putih Homestay

Untuk sebarang tempahan, sila sertakan alamat rumah yg ingin di tempah. terima kasih. :)

1/ Kampong Tanjong Aru Lama, Kota Kinabalu

2/ Kampong Pandan-pandan, Putatan

3/ Kampong Pulutan, Mengatal

Saturday, January 9, 2010

1/ HOMESTAY KG TG ARU LAMA, KK

DESCRIPTION
- kedudukan homestay yang terletak di tengah2 bandar
kota kinabalu
- hanya 1km sahaja dr LCCT
- hanya 5km sahaja dr KKIA
- hanya 10 minit ke bandaraya Kota Kinabalu
- walking distance ke Pekan Tanjung Aru
- hanya 5 minit dengan Pantai Tanjung Aru
- kemudahan bas dan taxi


JENIS HOMESTAY

1/ STUDIO ( 1 BILIK)- 3 UNIT
2/ HOMESTAY 2 ROOM - 2 UNIT
3/ HOMESTAY 3 ROOM - 1 UNIT

No comments:

Post a Comment

Tempat-tempat yang menarik di sabah:-


1/ Rumah Terbalik sabah- Tuaran
2/ Mount Kinabalu - Kundasang
3/ Poring (kolam air panas) - Kundasang
4/ Pulau Manukan/ Pulau Gayana/ Pulau Sipadan
5/ Labuan
6/ Sepilok - Sandakan
7/ Simpang Mengayau - kudat
8/ Sungai Padas
9/ kg. Luanti (bit fish), Ranau
10/ Nasional Park, Ranau



Town View

Town View

Sejarah KK

Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai "British North Borneo" pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil "Gentisan". Petempatan tersebut bertukar nama kepada "Jesselton" sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri "British North Borneo", musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.

Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada "Kota Kinabalu" pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut sehingga hari ini.

KOTA KINABALU

Kota Kinabalu (atau "KK") ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000.

Kota Kinabalu berada pada latitud 5.983° dan longitud 116.067°. Sehingga banci pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 354,153 orang, dengan populasi metropolitan seramai 900,000 orang.

peta sabah

peta sabah