Terima kasih buat semua guest yg telah memilih dputih Villa. Kebanyakkan pelanggan kami adalah guest yg kerap singgah ke KK
Banyak juga guest tetap baru dan insyallah akan datang lagi ☺☺☺☺..... thks telah memilih & menginap d dputihVilla.
Kunjungi kami lg!!!....
d' Putih Homestay Kota Kinabalu
HOME STAY . MONTHLY RENTAL h/p : 016.222 4702 h/p : 013.874 3761 office : 088.243247
dputih homestay
PERCUTIAN KELUARGA
@putatan
@tanjung aru
Online Booking :
D'putih Homestay
Tuesday, October 6, 2015
Terima kasih Semua!!!
Monday, October 5, 2015
Tempahan makanan
Kami menyediakan khidmat tempahan makanan bagi pelanggan yg ingin menempah khidmat food delivery.
Harga utk tempahan:
breakfast rm5 per pax (nasi lemak/mee hoon)
Lunch rm10 per pax (2lauk+1sayur)
Dinner rm10 per pax (2lauk+1sayur)
Harga termasuk air kordial/mineral
Tempahan hendaklah 10pax ke atas
Utk tempahan sila whatsapp 016.2224702
Dputih Homestay Mengatal
Rumah 2tingkatjenis semi-d yg mampu memuatkan dlm 8-15pax dalam satu2 masa. Ruang tamu yg luas dan mempunyai 3 bilik dan 2tandas. Berdekan dengan pekan mengatal, sesuai sbg rumah perhentian pd mereka yg ingin menuju ke kundasang. Utk booking sila whatsapp 013.871 3989
Dputih Homestay Tanjung Aru
Kami menyediakan penginapan yg berdekatan dengan bandar kota kinabalu. 5mnt driving to kkia terminal 2(air asia), 10mnt driving to bandar kota kinabalu. Tempahan awal di perlukan. Jom booking whatsapp 016.2224702
Dputih Homestay putatan
Kami menyediakan penginapan terbaik buat keluarga anda. Di cawangan putatan kami memilik 5unit apartment 3bilik dan 2unit apartment 2bilik. Keseluruhan unit mampu memuatkan lebih kurang 70pax dalam satu2 masa.. sangat sesuai utk grouping booking. Tempahan awal diperlukan. Sila whatsapp utk booking 016.2224702
DPutih Homestay Papar
Kami menyediakan penginapan terbaik utk keluarga anda. Rumah 3bilik ini terletak di kampung Pulasan Papar...
5mnt driving distance ke Pantai Manis papar... utk booking whatsapp 016.2224702
Sunday, January 18, 2015
PENGENALAN :
Salam Perkenalan dan
salam 1 malaysia buat semua pelanggan yang dihormati,
D'putih Homestay adalah rumah hak milik persendirian iaitu dimiliki oleh Pn. Hjh. Saadiah Juhari dan keluarga.di
Berpengalaman berkerja bersama bank tempatan kota kinabalu selama lebih kurang 30 tahun, dan kemuadian Pn. hjh saadiah mengambil keputusan untuk berhenti dan mencuba perniagaan sendiri . Impian membina d'Putih Homestay ini telah lama di impikan, kini impian jadi nyata. Alhamdulillah kini genap 3 tahun D'putih Homestay ditubuhkan. Pelbagai respon positif kami terima.
Secara amnya, D'putih Homestay adalah sebuah Unit penginapan atau dikenali sebagai Homestay yang terletak di kawasan Jalan pandan-pandan, pasir putih, putatan, Sabah.
Kedudukan dari :
-5 minit ke Putatan town
-10 minit ke KKIA
-15 minit ke Tg Aru Railway Station
-15 minit ke LCCT,
Perdana Park
Tanjung Aru Beach
-20 minit ke Bandar Kota Kinabalu
* Memiliki Pelbagai Rekabentuk Dalaman Rumah mengikut keselesaan pelanggan Masa Kini.
* Terdiri daripada Penginapan:
- JENIS STUDIO
- RUMAH 2 BILIK
- RUMAH 3 BILIK.
Kami juga ada menyediakan Perkhidmatan Sewa Kenderaan kereta dan van sesuai untuk keluarga dan rombongan. Sekiranya anda ingin menempah khidmat Katering, untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam, kami juga menerima tempahan minimum 5pax ke atas sahaja.
Diharap anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami jalankan. sekiranya ingin mendapatkan sebut harga sila isi borang di bawah atau sms di no tertera.
"Feeling at Home"
sekian, terima kasih,
pengarah Urusan,
Pn Saadiah juhari
d'PUTIH HOMESTAY
Tempat-tempat yang menarik di sabah:-
1/ Rumah Terbalik sabah- Tuaran
2/ Mount Kinabalu - Kundasang
3/ Poring (kolam air panas) - Kundasang
4/ Pulau Manukan/ Pulau Gayana/ Pulau Sipadan
5/ Labuan
6/ Sepilok - Sandakan
7/ Simpang Mengayau - kudat
8/ Sungai Padas
9/ kg. Luanti (bit fish), Ranau
11/ Chanteq Galeri - Tuaran
12/ Desa Castle - Ranau
Tempat-tempat Menarik
- Pasar Tamu Dongonggon (pasar mingguan)
- Menara Tun Mustapha (menempatkan jabatan-jabatan kerajaan negeri Sabah)
- Muzium Negeri Sabah
- Masjid Negeri Sabah
- Pantai Tanjung Aru
- Karambunai Resort
- Sutera Harbour Resort
- Padang Merdeka Kota Kinabalu
- Menara Jam Atkinson
- Taman Zoologi
- Muzium Tamadun Islam
- Tinggalan Rumah Besar Kinarut
- Pasar Gaya Street (ahad)
- Monsopiat Muzium
Town View
Sejarah KK
Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai "British North Borneo" pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil "Gentisan". Petempatan tersebut bertukar nama kepada "Jesselton" sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri "British North Borneo", musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.
Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada "Kota Kinabalu" pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut sehingga hari ini.
KOTA KINABALU
Kota Kinabalu (atau "KK") ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000.
Kota Kinabalu berada pada latitud 5.983° dan longitud 116.067°. Sehingga banci pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 354,153 orang, dengan populasi metropolitan seramai 900,000 orang.